Sunday 1 April 2012

MyGuru2 - Modul unit 4

MyGuru2 - Modul unit 4

MyGuru2 - Tugasan KBS 3073

MyGuru2 - Tugasan KBS 3073

MyGuru2 - Modul unit 9

MyGuru2 - Modul unit 9

MyGuru2 - Modul unit 8

MyGuru2 - Modul unit 8

MyGuru2 - Modul unit 7

MyGuru2 - Modul unit 7

MyGuru2 - Modul unit 6

MyGuru2 - Modul unit 6

MyGuru2 - Modul unit 5

MyGuru2 - Modul unit 5

MyGuru2 - Modul unit 4

MyGuru2 - Modul unit 4

MyGuru2 - Modul unit 3

MyGuru2 - Modul unit 3

MyGuru2 - Modul 1

MyGuru2 - Modul 1

MyGuru2 - modul 2

MyGuru2 - modul 2

Sejarah Angin Ahmar

Penyakit angin ahmar ialah penyakit mati sebahagian badan yang biasanya datang dengan tiba-tiba dan sukar pula untuk diubati. Walau bagaimana pun dengan rahmat dan belas kasihan Allah SWT kepada hamba-hambaNya maka melalui Nabi Muhammad s.a.w, umat islam dianugerahkan Doa yang sangat mustajab dan besar faedahnya bagi menjauhi penyakit tersebut disamping lain-lain penyakit berbahaya dan bala bencana.
Penyakit angin ahmar ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri, telah ada semenjak zaman Nabi Sulaiman a.s. Semasa baginda menerima mengadap segala rakyatnya termasuk segala jin, manusia dan binatang, tiba-tiba baginda merasa ujub atau bangga diri, dalam hatinya berkata siapakah makhluk llah yang tidak tunduk kepadanya.  Seketika itu juga menjelma satu makhluk seperti lembaga manusia yang besar, gagah dan hebat serta garang. Nabi Sulaiman terkejut dan menggeletar lalu bertanya kepada lembaga itu siapakah dia, dan mengapa dia datang. Lembaga itu menjawab bahawa dia bernama Ar-Raihul-Ahmar (Angin Ahmar)iaitu penyakit yang amat berbahaya dari lain-lain penyakit.  Ia diberi kuasa untuk mendatangkan kesakitan kepada anak cucu Adam, termasuk boleh meresap masuk ke dalam urat saraf dan darah, dan juga otak seseorang sehingga hilang akal.  Nabi Sulaiman segera mengarahkan panglima-panglimanya agar membunuh Ar-Raihul-Ahmar itu, namun lembaga itu menjawab bahawa tiada siapa makhluk yang boleh membunuhnya, lalu segera menghilang.  Angin Ahmar itu masih ada hingga zaman Nabi Muhammad s.a.w dan zaman kita sekarang. Pada zaman Nabi Muhammad cucu bagianda iaitu Syaidina Hassan bin Ali pernah terkena penyakit rongga dan keluar darah.  Ketika itu turun Malaikat Jibril dan memberitahu baginda bahawa Hassan terkena penyakit Anngin, lalu baginda bertanya adakah ubat penawarnya.  Jibril menjawab ada lalu ghaib.  Sebentar kemudian Jibril kembali dan memberitahu Rasullullah, bahawa Allah SWT telah mengurniakan Doa mustajab bagi sesiapa yang membacanya walaupun sekali seumur hidupnya.  Baginda pun membaca doa ini, lalu dengan sebentar juga sembuhlah Saidina Hassan, boleh berdiri dan sihat walafiat.  Baginda lalu menganjurkan Doa ini kepada umat Islam sekelian.  Mereka yang terkena penyakit Angin Ahmar ini hendaklah berusaha mengamalkan membaca Doa ini sebera kerap, terutama selepas solat.  Sesetengah  ulama menulis Doa ini dengan dakwat pada mangkuk atau pinggan putih, kemudian dibasuh dengan air lalu sebahagiannya diminum dan sebahagiaanya disapukan pada anggota badan yang terkena penyakit tersebut. Yakinlah dengan doa ini kerana dengan keyakinan itu insyaAllah mereka yang terkena penyakit Angin Ahmar itu akan segera sembuh, terutama bagi yang belum berat penyakitnya.  Amalkan membaca Doa ini selalu, paling kurang sekali seumur hidup, insya Allah akan terhindar dari penyakit berbahaya ini.

Tuesday 10 January 2012

Set Induksi

Sebagai menarik perhatian murid-murid untuk belajar, mereka bolehlah didedahkan dengan gambar-gambar yang menarik seperti gambar pemandangan, bunga-bungaan, haiwan-haiwan dan pelbagai gambar yang sesuai dengan set induksi dalam p&p.  Selain daripada itu bagi menambah minat murid-murid mereka juga boleh dihidangkan dengan muzik-muzik yang sesuai supaya murid-murid pemulihan lebih aktif dan yakin diri sebelum sesi p&p dijalankan.  Sebagai seorang guru yang bertanggungjawab dan inginkan kejayaan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.  Guru harus mempunyai daya kreativiti dan inovatif.  Bakat ini perlu dipelajari supaya dapat menghasilkan satu aktiviti dalam p&p yang berkesan.  Selain daripada itu guru juga perlu pandai memilih kaedah dan teknik pengajaran supaya murid-murid tidak merasa bosan ketika sesi p&p berjalan.


 
Gambar ini menunjukkan keindahan alam semulajadi. Guru boleh menerangkan kepada murid-murid betapa pentingnya alam semula jadi kepada kita.  Perlu ditegaskan supaya murid-murid menghargai alam semulajadi dengan berusaha mengekalkan dan memelihara alam ini supaya ianya tetap indah dan harmoni.



Gambar ini juga ialah gambar pemandangan yang cantik.  Pemandangan yang indah dapat dilihat dengan riak-riak air yang menghasilkan satu perasaan yang amat tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Pokok-pokok yang tumbuh meliar dalam air nampak cantik dipandang mata.



Ini ialah sejenis tumbuhan berbunga yang cantik.  Murid-murid amat suka melihat bunga-bungaan.  Guru boleh menggalakkan supaya murid-murid menanam bunga di waktu petang dan menjadikannya sebagai hobi yang menarik.


Ini pula ialah pemandangan hidupan liar iaitu sekawan gajah yang keluar untuk minum air.  Guru-guru boleh memberitahu kepada murid-murid bahawa gajah hidup di hutan dan ianya adalah haiwan liar.  Banyak perkara boleh diterangkan kepada murid-murid mengenai sesuatu gambar.  Contohnya kenapa gajah ini perlu minum? Apakah habitatnya? Guru-guru juga boleh mengaitkan gambar yang dilihat dengan faktor alam sekeliling dan membawa murid menghayati keunikan kejadian Tuhan.


Dibawah ini ialah pemandangan alam semulajadi yang cantik.
Gambar ini diambil di sekitar Pulau Banding Gerik.









Ini pula ialah gambar pemandangan disebuah pulau.  Gambar ini diambil dari atas.
                                                        


Ini pula ialah sebuah pemandangan yang amat menakjubkan.

Kajian Tindakan Matematik Kelas Pemulihan Khas

Kajian Tindakan ini diadakan setelah saya mengajar kelas Pemulihan Khas.  Saya dapati murid-murid Kelas Pemulihan Khas ini amat lemah dan kurang berminat untuk belajar.  Oleh itu saya telah mendapat idea untuk mencipta alat inovasi sebagai perangsang kepada murid-murid pemulihan ini untuk belajar terutamanya dalam bahagi dan sifir yang mereka anggap amat susah.  Di sini bolehlah sama-sama kita berkongsi ilmu yang sedikit ini untuk bersama-sama kita meningkat tahap penguasaan pelajaran anak didik kita.  Semoga dapat membantu mereka dalam membuat latihan dan menarik minat murid untuk belajar.  Alat inovasi ini lebih seronok digunakan bersama-sama dengan rakan-rakan.  Murid-murid aliran perdana juga boleh menggunakan alat inovasi ini.  Walau bagaimana pun alat ini mudah rosak kerana ia dibuat dengan bahan terbuang dan bahan semulajadi dan kosnya adalah murah.  Sekiranya alat ini boleh menarik minat murid belajar, saya harap supaya alat inovasi ini dapat dikomiselkan dengan peralatan yang moden dan boleh digunakan untuk semua pelajar.

PROJEK MATEMATIK UNTUK MURID PEMULIHAN KHAS
SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN BATU 4 GERIK PERAK.


1.      TAJUK PROJEK

 PENINGKATAN KEBOLEHAN  BAHAGI SEHINGGA SIFIR 9 BAGI MURID KELAS PEMULIHAN KHAS BINTANG KEJORA.

2.   SINOPSIS

Pelajaran matematik merupakan salah satu matapelajaran yang penting. Ramai murid-murid mendapat keputusan yang mengecewakan kerana gagal dalam matapelajaran matematik. Ini disebabkan kerana mereka tidak faham dan tidak berminat dalam matapelajaran matematik.  Kenapa murid-murid ini tidak berminat? Banyak faktor yang mempengaruhi antaranya ialah murid-murid keliru dengan nombor ,malas menghafal,ambil mudah pelajaran dan tidak mengingati formula. Murid-murid beranggapan bahawa matapelajaran matematik itu sukar.  Oleh itu satu kajian telah dilaksanakan bagi membantu murid dalam masalah sifir dan bahagi bagi meningkatkan prestasi mereka dalam pelajaran.

3. KUMPULAN SASARAN

 Kajian telah dijalankan keatas murid-murid Pemulihan Kelas Bintang Kejora SK . Batu 4 Gerik.Dalam kajian ini data dipungut melalui latihan kerja murid, latihan congak , ujian pra dan ujian pasca.
   Memandangkan murid-murid pemulihan susah ntuk menguasai konsep matematik terutamanya bahagi . Jadi dalam kajian ini saya mengkhususkan untuk menekankan hanya kepada konsep  bahagi sahaja. Untuk mencapai matlamat ini saya telah mereka satu alat inovasi bagi kemudahan murid untuk memahami konsep dalam matematik khasnya dalam  bahagi. Hasil soal selidik menunjukkan murid-murid berminat untuk membuat latihan dan suka untuk belajar matematik dengan bermain dengan alat inovasi yang telah dicipta sebagai pemudah cara bagi murid menyelesaikan masalah  bahagi kepada murid-murid pemulihan. Dalam kajian ini murid telah didedahkan dengan latihan congak, latih tubi dan kaedah permainan yang telah dijalankan oleh murid sendiri. Kajian ini mengambil masa  sekurang-kurangnya  60 minit bagi setiap sesi pengajaran.

4. LATAR BELAKANG

4.1 Isu Kajian/Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran Yang Lalu.
           
Sukatan pelajaran matematik Kelas Pemulihan Khas lebih menekankan kepada 4 operasi fakta asas. Dalam setiap operasi iaitu tambah, tolak , darab dan bahagi murid-murid pemulihan sangat sukar untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan operasi darab dan bahagi. 

Semasa sesi pengajaran dijalankan di dalam kelas didapati murid-murid masih belum menguasai dan tidak dapat menjawab dengan betul fakta asas darab dan bahagi. Masalah ini dikenalpasti melalui latihan congak dan latihan kerja semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.  Oleh itu ia perlu diatasi kerana ia menjejaskan pembelajaan dan kegagalannya di dalam peperiksaan yang dijalankan kelak.

4.2 Masalah-masalah yang dihadapi.

Masalah ini timbul kerana guru kurang kepakaran dalam mengajar murid pemulihan khas. Pendekatan secara individu juga kurang dijalankan. Oleh itu, guru perlu memainkan peranan sebagai pemudah cara dalam pengajaran  dan pembelajaran mengikut pencapaian murid. Pelbagai teknik pengajaran perlu dilakukan serta alat bantu mengajar perlu digunakan dan dipelbagaikan untuk membolehkan murid memahami dengan mendalam.

Melalui pemerhatian, latihan kerja dan ujian congak pengkaji mendapati murid masih tidak mendapat menguasai konsep  bahagi dengan betul.  Oleh itu pengkaji cuba mengkaji masalah ini agar kefahaman murid dalam masalah  bahagi dapat diatasi. Seterusnya murid-murid dapat belajar konsep matematik dengan rasa yang seronok dan minat yang tinggi dalam pelajaran matematik.


5. OBJEKTIF INOVASI

Objektif kajian ini adalah seperti berikut:
  1. Bagi meningkatkan kemahiran murid dalam menyebut dan mengenal serta mengingati sifir  1 hingga 9.
  2. Bagi mempertingkatkan kemahiran fakta asas  bahagi.
  3. Bagi merancang tindakan dan menilai keberkesanan tindakan dalam menangani penyelesaian masalah bahagi.
  4. Bagi meningkatkan prestasi murid dalam pelajaran matematik.
  5. Sebagai langkah menarik minat murid belajar.
  6. menghasilkan satu suasana belajar yang menyeronokkan.
  

6. TARIKH MULA DAN TARIKH SIAP PELAKSANAAN.

      Tarikh kajian dilaksanakan pada awal bulan Oktober 2011dan tarikh siap pelaksanaannya pada akhir bulan  November 2011.


7.  PELAKSANAAN KAJIAN.

 7.1 Bentuk Bahan.
   Inovasi yang dirancangkan ialah menggunakan alat permainan dalam pembelajaran. Oleh kerana murid pemulihan suka bermain jadi saya telah mereka satu permainan pembelajaran khasnya untuk pelajar mesyelesaikan masalah bahagi yang sukar oleh murid-murid pemulihan.  Bahan inovasi tersebut saya namakan” Pianao Bahagi” kerana alat tersebut berbentuk seperti piano.  Bahan untuk inovasi ini saya gunakan dari bahan-bahan terbuang dan alam semulajadi.  Antara bahan diperlukan ialah buluh yang boleh didapati daripada hutan sekeliling rumah.  Kotak-kotak terbuang dan guli untuk pengiraan dalam operasi ini.

7.2 Pengendalian.

7.2.1 Kaedah Temuramah.
   Pengkaji membuat tinjauan masalah pelajar secara menemuramah dan didapati 90 % murid tidak membuat kerja rumah dan tidak mengulangkaji pelajaran di rumah. Kebanyakan pelajar bermain dan menonton televisyen  dengan tidak terkawal. Ibu bapa juga tidak dapat memberi bimbingan kepada pelajar tersebut.
Ada diantaranya terlalu sibuk dengan pekerjaan tiada masa bersama anak-anak. Ada juga ibu bapa murid/pelajar yang mempunyai pendidikan rendah jadi tiada pengetahuan untuk membantu anak membuat ulangkaji di rumah.  Segelintir daripada ibu bapa murid tersebut mempunyai masalah tidak tahu membaca terutamanya ibu bapa murid orang asli. Ada juga di antaranya pernah dipenjara kerana masalah pengambilan dadah. Kesimpulannya murid-murid ini kebanyakannya adalah terbiar tanpa kawalan yang sepatutnya. Mereka hanya belajar hanya disekolah sahaja tanpa meneruskan pembelajaran dirumah masing-masing.  Tiada kesinambungan pembelajaran oleh ibu bapa di rumah.  Oleh itu murid-murid mudah lupa apa yang telah dipelajari di sekolah.

7.2.2 Latihan Congak.
Semasa sesi latihan congak di dalam kelas diadakan. Penyelidik memdapati 90 % murid tidak dapat menjawab soalan yang diutarakan oleh penyelidik.  Ada sebilangan kecil pelajar dapat menjawab soalan tetapi mengambil masa yang terlalu lama untuk menyelesaikannya.




 7.2.3 Latihan Bertulis

Berdasarkan kajian bertulis sama ada didalam buku tulis atau dalam lembaran kerja, didapati banyak kesalah yang dilakukan oleh murid.  Daripada 10 soalan yang diberikan  oleh guru hanya 2 atau 3 soalan sahaja yang dapat dijawab dengan betul .  


7.3 Pengendalian.
Bagi mengatasi masalah pembelajaran murid , pengkaji telah mereka satu alat inovasi untuk digunakan sewaktu pembelajaran dijalankan di dalam kelas.  Ada 3 tindakan yang perlu diikuti oleh murid-murid . Dalam setiap tindakan guru mengajar menggunakan aklat inovasi yang telah direka oleh guru. Bagaimana alat inovasi ini digunakan boleh rujuk lembaran seterusnya.

Tindakan 1 (minggu 1-2  )

Aktiviti-Aktiviti yang dijalankan ialah:
1.      Mengenal dan Membilang Nombor hingga 100.

Tindakan  2(minggu 2-4)

1.      Menjawab sebarang soalan bahagi dengan menggunakan alat permainan inovasi yang telah direka oleh guru.

Tindakan 3 (minggu 4-5)

  1.  Menghafal sifir
  2. Menjawab sebarang soalan bahagi tanpa alat inovasi. (Selepas murid menguasai konsep bahagi dengan kaedah permainan).


7.4 Perbelanjaan

Oleh kerana alat inovasi ini hanya menggunakan bahan semula jadi dan bahan-bahan terbuang jadi  kos membinanya adalah murah.


8.    BENTUK KEJAYAAN

8.1 Pengurusan Kos Operasi.

   Seperti yang telah disebut bahawa pembinaan alat inovasi ini adalah dari bahan- bahan terbuang maka kos operasinya adalah murah. Ini bergantung pada jenis alat yang dibina guru . Dalam kaedah ini guru hanya perlu membeli cuma biji guli.  Mencari buluh dan kotak-kotak yang terbuang sahaja. Namun begitu guru perlu kretif untuk membuat reka cipta yang menarik dan cantik untuk menarik minat murid belajar.

8.2 Penjimatan Masa.

   Di dalam kelas biasa murid sudah belajar mengenal dan membilang nombor.  Begitu juga didalam kelas pemulihan murid mengikuti pengajaran mengikut sukatan pelajaran pemulihan. Guru cuma perlu mengikuti sukatan pelajaran biasa Cuma ditambahkan dengan alat permainan inovasi di dalam kelas.  Alat ini boleh digunakan sepanjang tempoh pembelajaran  dan boleh digunakan oleh murid di dalam  kelas aliran perdana.  Jimat kos ,jimat masa dan boleh digunakan bila-bila masa dan dimana sahaja.

8.3 Peningkatan Keberkesanan.

   Dalam kajian ini guru dapat melihat dengan jelas hasil keberkesanan pembelajaran dengan kaedah alat permainan Piano Bahagi ini.  Sebelum murid diperkenalkan dengan alat inovasi ini jawapan murid dalam soalan yang diberi oleh guru amat mengecewakan kerana tidak dapat menjawab  soalan dengan jawapan yang betul dan tepat. Murid juga tidak menguasai konsep bahagi.  Namun selepas menggunakan alat inovasi ini jawapan murid hampir 100% betul. Bukti boleh dilihat dengan merujuk kertas jawapan murid. Ada diantara murid langsung tidak tahu menjawab soalan dengan menghantar jawapan kosong.  Namun selepas guru menggunakan alat inovasi tersebut murid tersebut boleh menjawab soalan itu.
   Setiap soalan yang diberikan kepada murid adalah berlainan soalan. Hal ini adalah dikuatiri murid-murid meniru jawapan kawan-kawannya kerana murid-murid pemulihan ada yang tidak mahu buat kerja kerana tidak tahu konsep bahagi.  Walaupun soalan yang berlainan setiap murid memberi jawapan yang betul setelah menggunakan alat inovasi ini.

8.4 Peningkatan dalam tahap kepuasan guru/pelajar.
  Setelah melalui sesi pembelajaran dengan menggunakan kaedah permainan dalam pembelajaran. Murid-murid semakin seronok untuk belajar matematik.  Wujud minat yang mendalam dalam diri mereka terhadap pelajaran. Hal sedemikian telah memberi kepuasan dalam pengjaran guru. Guru seronok untuk mengajar dan murid pula seronok untuk belajar. Guru pemulihan tidak lagi merasa tertekan dalam kelas pemulihan.

9. KETERANGAN LAIN YANG BERKAITAN

   Sebelum ini guru pemulihan merasa amat tertekan dalam menghadapi murid-murid pemulihan yang terdiri dari pelbagai jantina kaum dan agama. Pelbagai cara telah dilakukan untuk memulihkan murid-murid ini.  Lebih sukar lagi kepada murid-murid orang asli kerana mereka sering ponteng sekolah dan sikap mereka yang mudah lupa. Tidak berminat untuk belajar. Dengan pelbagai teknik dan cara guru pemulihan cuba membantu mereka.  Hinggalah timbul idea untuk membuat satu alat inovasi dalam kelas pemulihan.  Dengan adanya alat permainan di dalam kelas pemulihan ini telah menarik bukan sahaja murid-murid pemulihan tetapi murid-murid dari kelas perdana juga datang untuk belajar menggunakan kaedah ini.
   Cara permainan boleh rujuk dalam lembaran yang dikepilkan.  Untuk membuat alat permainan ini juga boleh dirujuk dalam lampiran yang disediakan.
   Pengkaji berharap supaya alat inovasi ini boleh dikomersialkan dengan menggunakan teknologi moden dan digunakan untuk kemudahan guru dan murid-murid diseluruh Malaysia. Walau bagaimana pun hak cipta adalah terpelihara dan tidak boleh dikeluarkan tanpa kebenaran.   Selamat Maju Jaya.

CARA MEMBINA PIANO BAHAGI.

Bahan yang diperlukan.

  1. 9 batang buluh ukuran 9 inci
  2. 9 batang buluh ukuran 7 inci
  3. 9 batang buluh yang telah dibelah panjang 1 kaki.
  4. 2 kotak terpakai sederhana besar.
  5. 1 gulung loeytape.
  6. 100 biji guli.

Cara membuatnya.

Tebuk 9 lubang ukuran buluh 9 inci pada permukaan kotak 1 secara selari seperti gambarajah 1 di bawah.












                                        Gambarajah 1


Kemudian masukkan buluh dalam setiap lubang tersebut. Cantumkan hujung buluh 9 inci dengan setiap hujung buluh 7 inci dimana perlu diruncingkan terlebih dahulu.  Gunakan loytape supaya buluh itu teguh dan susunkan secara melintang. Lihat gambar rajah 2.














Gambarajah 2

Setelah itu cantumkan kotak kedua seperti bentuk piano.  Susunkan buluh yang telah dibelah selari dengan buluh 7 inci tadi. Cuba masukkan biji guli disetiap lubang buluh dan pastikan guli itu bergerak kebawah dan masuk ke dalam buluh yang dibelah itu.
Lihat gambarajah 3.












Gambarajah 3
Akhir sekali warnakan kotak seperti piano biasa.  Murid boleh guna alat ini untuk belajar bahagi. Letakkan nombor 1 hingga 9 pada setiap buluh untuk memudahkan murid menggunakan piano bahagi ini.  Piano bahagi ini siap untuk digunakan.

                  Gambar menunjukkan murid sedang menggunakan alat inovasi .












Cara penggunaan
  1. Pelajar diberi beberapa soalan bahagi. Dengan menggunakan Piano Bahagi pelajar dikehendaki menyelesaikan masalah bahagi tersebut.
  2. Contoh soalan : 9 ÷ 3 =  _____
  3. Pelajar akan mengambil 9 biji guli dan memasukkan setiap biji tersebut ke dalam 3 batang buluh yang terdapat pada Piano Bahagi secara bergilir-gilir sehingga habis.
  4. Pelajar akan mengira bilangan guli yang terdapat pada setiap lorong buluh. Pelajar akan mendapati setiap lorong buluh akan mendapat 3 biji guli. Ini bermakna 9 bahagi 3 bersamaan dengan 3.
                           9  ÷ 3 = 3


Lampiran 1

Gambar Piona Bahagi yang masih dalam pembinaan


















                             










Lampiran 2

Gambar Piona Bahagi yang telah siap dibina.



























Lampiran 3









































Beberapa orang pelajar sedang menggunakan Piano Bahagi.

Lampiran 4.

Soalan-soalan bahagi sehingga sifir 9.










Disediakan oleh:

Cikgu Siti Aminah binti Talib.
Guru Pmulihan Khas